Anda Disini Lesen Memandu Syarat Kelayakan

Syarat Kelayakan Pemohon

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMOHON UNTUK MENDAPATKAN LESEN

Syarat-syarat kelayakan pemohon untuk mendapatkan lesen memandu adalah berdasarkan kelayakan umur dan kesihatan. Kelayakan minima umur mengikut jenis kenderaan adalah :-

  • Enam Belas (16) tahun bagi Kelas A, B dan C
  • Tujuh Belas (17) tahun bagi Kelas D
  • Dua Puluh Satu (21) tahun bagi kenderaan lain - Kelas E hingga I

Bagi permohonan Lesen Kelas E, E1 dan E2 pemohon perlu memegang Lesen Memandu Kelas D bagi tempoh setahun sebelum dibenarkan memohon. Manakala kelayakan kesihatan adalah dari segi sihat tubuh badan dan boleh melihat ke hadapan sehingga 23 meter dan tidak buta warna. Sekiranya pemohon ada kecacatan, pemohon adalah diminta untuk mendapatkan surat pengesahan pemeriksaan daripada doktor yang boleh mengesahkan pemohon adalah layak untuk memandu tanpa mendatangkan risiko kepada dirinya sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

 

Dengan Kerjasama

Hubungi Kami

Institut Memandu Yakin Pandu Sdn. Bhd.
  • Alamat: PT. 4048, Seksyen 44 Jalan 1/44, Kaw. Perindustrian 2 16100 Pengkalan Chepa
  • Telefon: 09 - 7734050 / 09 - 7735450
  • Faks: 09 - 7736070
  • Email: